Meneroka Keupayaan Mencipta Kejayaan

hari
jam
minit
saat
28 Jun 2025 (Sabtu)
Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC)
Konvensyen Wanita Selangor (KWS) bertujuan menjadi platform penting dalam memperkasakan wanita di Selangor serta memacu kemajuan yang signifikan ke arah kesaksamaan gender. Dengan mengiktiraf potensi besar wanita dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosial negeri, konvensyen ini akan menghimpunkan para pemegang taruh utama, termasuk pembuat dasar, pemimpin industri, ahli akademik, dan wanita dari pelbagai latar belakang untuk membincangkan isu-isu kritikal serta meneroka penyelesaian inovatif.

Konvensyen Kerjaya Wanita

(HerCareer Convention)

Pendaftaran khusus diperlukan

Objektif Utama: Meningkatkan Penyertaan Wanita dalam Tenaga Kerja

  • Mengenal pasti dan menangani halangan sistemik yang menyukarkan kemasukan dan pengekalan wanita dalam tenaga kerja, seperti akses kepada penjagaan kanak-kanak, waktu kerja yang anjal, dan diskriminasi berasaskan gender.
  • Memperjuangkan dasar dan inisiatif yang menyokong kemajuan kerjaya wanita, termasuk latihan kemahiran, program bimbingan, dan akses kepada peranan kepimpinan.
  • Menggalakkan budaya keseimbangan kerja-hidup serta mendorong majikan untuk mengadaptasi dasar yang mesra keluarga.

Ekspo Hasil Suri Selangor (HaSSel)

Masuk percuma

Objektif Utama: Meningkatkan Pemerkasaan Ekonomi Wanita

  • Memperkasa wanita melalui keusahawanan dengan menyediakan akses kepada pembiayaan, bimbingan, dan rangkaian pasaran.
  • Menggalakkan pertumbuhan perniagaan milik wanita serta meningkatkan penyertaan mereka dalam arus perdana ekonomi negeri.
  • Menangani jurang gender dalam pendapatan dan kekayaan dengan memperjuangkan gaji setara untuk kerja setara serta mempertingkatkan keterangkuman kewangan bagi wanita.

Pitching Usahanita Digital

Jemputan tertutup

Objektif Usahanita Digital:

  • Mewujudkan kesedaran dalam kalangan wanita muda tentang program e-usahawan dan memberi peluang kepada bakal peserta untuk berinteraksi secara langsung dengan tenaga pengajar e-usahawan yang mempunyai kepakaran dan berpengalaman
  • Memberikan pendedahan kepada golongan usahawan wanita muda tentang trend teknologi terkini dan aplikasi yang berkaitan dengan e-dagang dan pemasaran digital
  • Mengembangkan bakat dan kemahiran usahawan wanita muda di dalam mengendalikan perniagaan melalui digital media

Karnival Kerjaya MYFutureJobs

Pendaftaran khusus diperlukan

Karnival Kerjaya MYFutureJobs @ Konvensyen Kerjaya Wanita merupakan inisiatif yang bertujuan untuk memperkasa wanita dalam dunia pekerjaan dengan menyediakan akses kepada peluang kerjaya. Karnival ini akan menghimpunkan pelbagai majikan dari pelbagai industry berkaitan Digital/AI, TVET/STEM dan Ekonomi Penjagaan yang akan menawarkan jawatan kosong, serta menyediakan sesi temu duga secara langsung bagi membantu pencari kerja mendapatkan pekerjaan yang sesuai semasa konvensyen.

Bimbingan Kerjaya 

Bimbingan Kerjaya menyediakan sokongan menyeluruh kepada pencari kerja melalui pemadanan pekerjaan, latihan kemahiran, dan bimbingan kerjaya. Platform ini membantu individu mendapatkan khidmat nasihat berkaitan peluang pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran mereka, termasuk program peningkatan kemahiran dan membantu pencari kerja yang ingin beralih kerjaya untuk memasuki pasaran kerja dengan lebih yakin.

MyFutureJobs On The Go

MyFutureJobs On The Go menyediakan pengalaman yang menarik kepada peserta dan pengunjung melalui permainan interaktif ke karnival kerjaya. MYFutureJobs on the Go bertujuan sebagai platform dalam mempromosikan MYFutureJobs sebagai portal pekerjaan negara serta meningkatkan kesedaran pengujung berkenaan perkhidmatan yang disediakan.

Sokongan untuk Ibu

Perkhidmatan Pengasuh oleh Kiddocare

Perkhidmatan Pengasuh oleh Kiddocare menyediakan solusi penjagaan anak bagi membolehkan para peserta memberi tumpuan kepada pembangunan profesional dan rangkaian semasa acara, sementara anak-anak mereka dijaga dalam persekitaran yang selamat dan bermanfaat

Kiddocare x WBS Pameran Pengalaman Keibuan

Pameran Pengalaman Keibuan merupakan pameran tentang pengalaman keibuan yang mendedahkan beban yang sering tidak kelihatan bagi ibu bekerja. Melalui simulasi, tinjauan pendapat, dan kisah anonim, ia mengumpul maklum balas sebenar untuk mengubah pengalaman hidup menjadi maklumat berasaskan data bagi memperkukuh dasar di tempat kerja yang benar-benar menyokong keibubapaan dan kesaksamaan gender

Aturcara Penuh

Konvensyen Wanita Selangor 2025

07:30 - 08:30

Pendaftaran

  • Pendaftaran Peserta
08:30 - 10:15

Majlis Perasmian Konvensyen Wanita Selangor 2025

10:15 - 10:30

Minum Pagi

10:30 - 11:45

Perbincangan Panel 1

"Mengekalkan WANITA Dalam Permainan: Mencipta Persekitaran Untuk Mengekalkan Bakat Terbaik"

  • Dr. Jasmine BegumPengarah Serantau Undang-undang, Microsoft (Malaysia) Sdn Bhd
  • Puan Jukhee HongPengarah Eksekutif, ASEAN-BAC Malaysia & Pengerusi ASEAN Inclusivity Collective)
  • Puan Gayathri VadivelKetua Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan, PERKESO
  • Puan Natasha Alias (Moderator)Ketua Unit Wanita MyWira, TalentCorp
11:45 - 12:00

Sesi Perkongsian 15 Minit

Amalan Waktu Kerja Anjal | TalentCorp

12:00 - 13:00

Sesi Bengkel 1

Mencipta CV Kalis Masa Hadapan: Memanfaatkan AI untuk Kemajuan Kerjaya WANITA | MYFutureJobs

13:00 - 14:00

Makan Tengahari dan Solat

14:00 - 14:10

Sesi Perkongsian 10 Minit

Pengenalan Dasar dan Pelan Tindakan Wanita Selangor 2024-2026 | WBS

14:10 - 15:10

Perbincangan Panel 2

"Melangkaui Stereotaip: Memupuk Bakat WANITA dalam Teknologi dan Bidang Berteraskan Manusia"

  • Dr. Ong Kian MingAhli Lembaga Pengarah MIDA & Timbalan Menteri MITI
  • Dr. Haniza KhalidAhli Majlis, Majlis Perundingan Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor
  • En. Mohd Afifi ZahariKetua Pegawai Sumber Manusia, CARSOME
  • YB Lim Yi Wei (Moderator)Ahli Dewan Negeri, Kampung Tunku
15:10 - 15:15

Minum Petang

15:15 - 16:00

Sesi Bengkel 2 (Serentak)

Bilik Teknologi Digital/AI

Memulakan Perniagaan Dalam Talian | Shopee

Bilik TVET/STEM

Dari Enjin ke Pemeriksaan: Meneroka Industri Automotif | CARSOME Academy

Bilik Ekonomi Penjagaan

Membangunkan Perkhidmatan Penjagaan Berkualiti | Kiddocare

16:00 - 17:00

Sesi Bengkel 3 (Serentak)

Bilik Teknologi Digital/AI

Pemanfaatan Data untuk Perniagaan 101 | Hayat Technologies

Bilik TVET/STEM

Teknik Asas Robotik | RoboThink Malaysia

Bilik Ekonomi Penjagaan

Memulakan Perniagaan Penjagaan Kanak-Kanak di Rumah | Persatuan TASKA Selangor

17:00 - 17:10

Ucapan Penutup

Menentukan Masa Depan WANITA: Pelajaran Utama dan Laluan Masa Depan WANITA

Oleh: YBrs. Puan Siti Faridah Abdul Samad, Ketua Pegawai Eksekutif, WBS

17:10 - 17:30

Penghargaan & Bersurai

  • Sesi Penghargaan dan Bergambar Bersama Rakan Kerjasama Strategik
  • Bersurai

Acara Lain Sepanjang Hari

(08:30 pagi - 17:30 petang)

  • Karnival Kerjaya MYFutureJobs
    Dewan Shah Alam 2
  • Ekspo Hasil Suri Selangor (HaSSel)
    Dewan Shah Alam 2
  • Sesi Pitching Usahanita Digital
    Bilik Rotunda 2 & Bilik 8
  • Bimbingan Kerjaya
    Dewan Shah Alam 2
  • MYFutureJobs On the Go
    Dewan Shah Alam 2
  • Sesi Townhall "Gen Z Work for Future"
    Dewan Plenari
  • Perkhidmatan Pengasuh oleh Kiddocare
    Bilik 4, Tingkat 1
  • Kiddocare x WBS Pameran Pengalaman Keibuan
    Foyer Dewan Shah Alam 1

Senarai Panelis & Moderator

Senarai Pembentang

dengan kerjasama

rakan strategik

syarikat yang terlibat